Terma Rujukan
Kumpulan Fokus Khas (KFK) Pengkatalogan Dan Metada
LATAR BELAKANG
-
- Persidangan Perpustakaan Universiti dan Negara (PERPUN) melalui Mesyuarat PERPUN Bil.4/2011 telah mewujudkan beberapa Special Interest Group (SIG). PERPUN telah melantik dan mempertanggungjawabkan SIG Pengkatalogan dan Metadata untuk dipengerusikan oleh Ketua Pustakawan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).
- Sehubungan dengan itu, pada Mesyuarat SIG Pengkatalogan dan Metadata 1/2012 telah mengusulkan agar TOR SIG Pengkatalogan dan Metadata dibentuk untuk menjadi rujukan dan asas kepada hala tuju, tindakan serta penyelarasan bagi setiap aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan.
- Bermula 2019, nama SIG Pengkatalogan dan Metadata telah ditukar kepada Kumpulan Fokus Khas (KFK) Pengkatalogan dan Metadata serta bertanggungjawab kepada Jawatankuasa Ketua Pustakawan Universiti Awam (JKPUA).
MATLAMAT
-
- Sebagai satu kumpulan fokus khas yang menyumbang kepada pembangunan dan pemangkin amalan terbaik dalam bidang pengkatalogan dan metadata mengikut piawaian serta format kebangsaan dan antarabangsa melalui perkongsian maklumat, kepakaran, kerjasama strategik dan langkah penambahbaikan secara berterusan untuk dimanfaatkan secara bersama
OBJEKTIF
-
- Merancang keseragaman metadata oleh semua perpustakaan universiti di bawah bawah PERPUN.
- Meningkatkan perkongsian sumber maklumat melalui keseragaman standard pengkatalogan dan metadata.
- Membincangkan permasalahan dan isu-isu berkaitan pengkatalogan dan metadata serta menyalurkan cadangan penambahbaikan kepada JKPUA/PERPUN untuk meningkatkan keseragaman pelaksanaan amalan terbaik.
- Meningkatkan hubungan kerjasama dengan semua perpustakaan universiti melalui perkongsian maklumat, lawatan, latihan penempatan, penanda aras (benchmarking) dan kursus yang bersesuaian.
- Merancang satu garis panduan/standard pengkatalogan yang akan digunapakai oleh semua perpustakaan universiti yang menjadi ahli KFK.
- Mengenal pasti keperluan perpustakaan universiti melalui aktiviti penyelidikan meliputi kajian, tinjauan, pemerhatian dan kumpulan fokus.
KEAHLIAN
-
- Semua Perpustakaan Universiti Awam (UA), Universiti Berkaitan Kerajaan (GLU), Perpustakaan Universiti Swasta (US) terpilih serta wakil Pusat Bibliografi Negara, Perpustakaan Negara Malaysia.
URUSETIA
-
- Urusetia Kumpulan Fokus Khas (KFK) Pengkatalogan dan Metadata terdiri daripada Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha dan beberapa anggota yang dilantik untuk kelancaran
- Tempoh pelantikan adalah selama tiga (3) tahun ATAU dalam tempoh masa yang dipersetujui.
- Pemilihan jawatan ini adalah berdasarkan kepada cadangan ahli mesyuarat dan dipersetujui oleh JKPUA.
- Kekerapan Mesyuarat : Maksimum dua (2) kali.
- Peranan Urusetia
Pelaporan akan dibuat di mesyuarat JKPUA dan PERPUN mengikut keperluan. -
Lokasi Mesyuarat
Lokasi mesyuarat adalah secara giliran di kalangan ahli mesyuarat seperti yang dipersetujui
TANGGUNGJAWAB AHLI MESYUARAT
-
-
Kehadiran mesyuarat
Ahli bertanggungjawab untuk menghadiri mesyuarat ATAU wajib menghantar wakil. Pemakluman awal kepada urusetia perlu dibuat bagi ahli yang telah bertukar bahagian atau tidak dapat hadir mesyuarat. - Ahli-ahli Kumpulan Fokus Khas (KFK) Pengkatalogan dan Metadata berperanan:
- Mengikuti perkembangan semasa berkaitan pengkatalogan dan metadata serta melaksanakan aktiviti penambahbaikan secara berterusan bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan kualiti kerja.
- Membantu dalam pembangunan pengkatalogan dan metadata di peringkat kebangsaaan dan antarabangsa serta turut menyumbang kepada Jawatankuasa Standard Katalog Kebangsaan (JSKK).
-
Ahli Mesyuarat