Skip to main content

Aluan Pengerusi KFK


Kumpulan Fokus Khas (KFK) Pengkatalogan Dan Metadata

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Selamat datang ke portal KFK Pengkatalogan & Metadata. Tujuan portal ini dibangunkan adalah untuk menyampaikan maklumat berkaitan dengan perkembangan semasa dan aktiviti berkaitan pengkatalogan dan metadata serta sumber rujukan kepada semua ahli.

KFK Pengkatalogan & Metada terus komited dalam menyumbang kepada pembangunan dan pemangkin amalan terbaik dalam bidang pengkatalogan dan metadata mengikut piawaian serta format kebangsaan dan antarabangsa melalui perkongsian maklumat, kepakaran, kerjasama strategik dan langkah penambahbaikan secara berterusan untuk dimanfaatkan secara bersama.

“Ini merupakan peluang terbaik untuk anda semua meningkatkan hubungan kerjasama dengan semua perpustakaan universiti melalui perkongsian maklumat dan pelaksanaan amalan terbaik selari dengan matlamat dan objektid kumpulan fokus.”


Puan Siti Saluwa binti Jamal
Pengerusi KFK

Senarai Pengerusi Kumpulan Fokus Khas (KFK) Pengkatalogan Dan Metadata

Puan Hjh Faridah binti Hj Md Amin
2012 sehingga 2016
Puan Siti Saluwa binti Jamal
2017
Encik Azman bin Hj Ayup
2018 sehingga April 2022
Puan Siti Saluwa binti Jamal
2022 sehingga kini